Gambar hiasan.

SEGAMAT – Kegembiraan empat beranak mandi di Sungai Bantang, Bekok di sini semalam berakhir tragedi apabila seorang lelaki lemas.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima maklumat awam berkenaan kejadian tersebut pukul 2.45 petang semalam.

“Bertindak atas maklumat, pasukan polis pergi ke tempat kejadian dan mendapati terdapat seorang lelaki terbaring di tebing Sungai berkenan.

“Lelaki berkenaan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Bekok yang hadir ke Lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Ahmad Zamry, hasil siasatan mendapati mangsa yang berusia 48 tahun Bersama-sama isteri dan dua anak berusia 16 dan 14 tahun ke lokasi kejadian untuk beriadah.

Menurutnya, semasa pukul 2.30 petang ketika mandi, tiba-tiba mangsa dilihat tenggelam oleh saksi dan ditemui semula dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Isteri mangsa dan orang awam, ujarnya, bertindak memberikan bantuan awal dan menghubungi Klinik Kesihatan Bekok untuk bantuan lanjut.

Beliau berkata,  polis kemudian membawa mayat ke Unit Forensik Hospital Segamat bagi tindakan lanjut bawah siasatan mati mengejut.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa melakukan aktiviti riadah terutama melibatkan Sungai.

Tambahnya, sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh berhubung dengan pusat kawalan daerah Segamat 07-932 4222.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here