KUALA LUMPUR – Lelaki Nigeria yang menggigit telinga kiri seorang anggota polis sehingga terputus sebahagian, akan dihadap ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, esok.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, suspek akan dituduh atas dua pertuduhan.
“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
“Pihak pendakwaan bersetuju untuk menuduh suspek mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya kepada pemberita hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN
https://malaysiagazette.com/2025/04/25/anggota-polis-putus-telinga-akibat-digigit-lelaki-nigeria/
https://malaysiagazette.com/2025/04/26/lelaki-nigeria-gigit-telinga-koperal-polis-direman-4-hari/
Ketika ditanya mengenai keadaan mangsa yang merupakan anggota polis berpangkat koperal, Ahmad Sukarno memberitahu, mangsa masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
“Telinga yang putus tidak dapat disambung kerana berisiko dijangkiti jika terdapat kuman daripada badan suspek. Hari ini doktor akan melihat semula keadaan luka mangsa, jika tiada jangkitan kuman akan dilakukan proses pembedahan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan insiden membabitkan anggota polis yang putus sebahagian telinga kiri selepas digigit suspek ketika cuba memasukkannya ke dalam kereta peronda polis (MPV) di Metro Prima. -MalaysiaGazette