Logo Polis Diraja Malaysia. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JUN 2024.

BUKIT MERTAJAM – Perselisihan faham antara seorang lelaki tempatan dan rakannya sejak tiga hari lalu berakhir dengan tragedi berdarah apabila mangsa maut ditikam dalam kejadian di sebuah pondok di Cherok Tokun di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 3.22 petang yang memaklumkan berlaku pergaduhan di lokasi tersebut sebelum pihaknya bergegas untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati semasa kejadian, mangsa berusia 63 tahun itu bersama lima rakan lain termasuk suspek sedang duduk bersembang di pondok tersebut.

“Bagaimanapun, suspek berumur 70 tahun itu secara tiba-tiba datang dari arah belakang dan terus memukul mangsa dengan sebatang kayu sehingga menyebabkan dia rebah ke lantai.

“Suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan menikam mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian.

“Susulan itu, pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Tambah Helmi, bertindak atas maklumat dan risikan pihak polis menahan lima suspek bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Siasatan awal juga mendapati punca kejadian disebabkan belaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek sejak tiga hari lalu dan berlarutan sehingga ke hari kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here