Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang suri rumah berusia 58 tahun di Temerloh kerugian RM150,190 akibat terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa telah menjumpai iklan pelaburan saham itu di aplikasi Facebook pada 21 Januari lepas dan berurusan dengan tiga individu melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa turut diarahkan memuat turun aplikasi ‘Tung Shing’ serta menyertai kumpulan WhatsApp bertajuk ‘D2 Stock Market’ dan ‘D02 AID VIP Group’,”katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, wanita itu kemudian telah membuat sebanyak 13 transaksi pembayaran wang berjumlah keseluruhan RM150,190 duit simpanannya ke dua akaun berbeza bermula pada 23 Februari 2025 hingga 18 April 2025.

Yahaya memberitahu, mangsa telah menerima keuntungan sebanyak RM11,600 pada pertengahan bulan April, namun diminta membuat pembayaran tambahan untuk mengeluarkan keuntungan hasil pelaburan tersebut.

“Mangsa akhirnya menyedari telah menjadi mangsa penipuan setelah tidak dapat mengeluarkan baki pelaburan seperti dijanjikan dan membuat laporan polis,” tambah Yahaya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar membuat semakan dan pengesahan menyeluruh terhadap platform, syarikat serta individu yang menawarkan pelaburan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here