Suhaizan Kaiat Foto MUHD NA’IM. 27 OGOS 2023.

ISKANDAR PUTERI – Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Columbia di Johor Bahru, malam tadi.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, Suhaizan, 51, dimasukkan ke ICU kira-kira pukul 11 malam kerana paras oksigen dalam badan yang rendah.

“Malam tadi dia (Suhaizan) demam dengan suhu tinggi dan oksigen rendah. Pagi ini keadaannya stabil dan sedar.

“Bagaimanapun dia masih dalam pemantauan doktor di ICU,” katanya ketika dihubungi.

Suhaizan yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Naib Pengerusi Amanah Johor menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada 9 September 2023.

Suhaizan memperoleh 48,283 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas.

PRK Parlimen Pulai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai 2023.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here