Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut, manakala ibu bapanya cedera selepas kereta dinaiki merempuh sebuah lori di Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ) Batu Gajah, di sini, petang semalam.

JASIN – Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut, manakala ibu bapanya cedera selepas kereta dinaiki merempuh sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Batu Gajah, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa, Nur Hafirzah Qintina Shahrul Asraf Naim meningal dunia kira-kira jam 5 petang ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, ibunya Nurulnadiah Balqis Abdullah, 22, luka di kepala manakala bapa, Shahrul Asraf Naim Khasiran, 35, mengalami luka di dahi.

“Siasatan mendapati, nahas berlaku selepas kenderaan jenis Toyota Vios dinaiki tiga beranak itu dari arah lampu isyarat Merlimau meenuju arah Batu Gajah merempuh sebuah lori dari arah sama yang cuba membuat pusingan U.

“Kereta terbabit merempuh bahagian belakang lori terbabit dipandu lelaki tempatan berusia 33 tahun yang bergerak dari lorong kanan masuk ke lorong pusingan U,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, pelanggaran mengakibatkan bayi berkenaan telah mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia pada pukul 5 petang ketika menerima rawatan di hospital.

“Punca kemalangan apabila kereta dinaiki tiga beranak itu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan lori dan orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here