Pakistan mendakwa mempunyai 'risikan yang boleh dipercayai' bahawa India merancang melakukan serangan ketenteraan, Foto: AFP

ISLAMABAD – Menteri Penerangan Pakistan berkata bahawa Islamabad mempunyai ‘risikan yang boleh dipercayai’ bahawa India merancang melakukan serangan ketenteraan dan beliau berikrar akan melaksanakan ‘tindak balas penentu’, ketika kebimbangan konflik terhadap serangan berdarah di Kashmir meningkat.

Kenyataan Attaullah Tarar dilakukan selepas Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan mesyuarat tertutup dengan ketua keselamatan dan ketua tentera semalam dengan beliau memberi kebenaran kepada tentera melakukan ‘kebebasan operasi sepenuhnya’ sebagai tindak balas kepada serangan itu, menurut sumber kanan kerajaan kepada AFP.

“Pakistan mempunyai risikan yang boleh dipercayai bahawa India berhasrat untuk melancarkan serangan tentera dalam tempoh 24 hingga 36 jam akan datang dengan menggunakan insiden Pahalgam sebagai alasan palsu,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pahalgam merupakan hab pelancongan dalam Kashmir yang ditadbir India yang mana 26 lelaki terbunuh pada 22 April lalu, serangan berdarah ke atas orang awam dalam wilayah yang dipertikaikan sejak sekian lama.

India menuduh serangan tersebut disokong Pakistan, namun negara itu menafikannya.

“Sebarang pencerobohan akan bertemu dengan tindak balas.

“India akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang lanjutan serius di rantau ini,” kata Tarar.

Perkembangan insiden itu menyaksikan negara di seluruh dunia, dari jiran China hingga ke Amerika Syarikat (AS) melahirkan kebimbangan dan menggesa kedua-dua negara meredakan keadaan.

Tentera India berkata, ia berbalas tembakan dengan tentera Pakistan enam malam berturut turut di Garisan Kawalan (LoC), sempadan Kashmir.

Tentera negara itu melaporkan ‘tembakan senjata api kecil’ berlaku di beberapa kawasan namun tiada kematian dilaporkan.

Tentera Pakistan tidak mengesahkan insiden itu, tetapi semalam stesen radio milik kerajaan melaporkan tentera negara itu menambak jatuh dron milik India yang disifatkannya menceroboh ruang udara Pakistan.

Ia tidak menyatakan bila insisen tersebut berlaku dan New Delhi tidak mengulas mengenai perkara tersebut. – AFP.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here