KOLKATA – Sekurang-kurangnya 15 orang maut dalam kebakaran sebuah hotel di sini, menurut polis, dengan ada antara mangsa keluar dari tingkat dan memanjat ke bumbung bagi menyelamatkan diri.
“Beberapa orang diselamatkan dari bilik dan bumbung hotel,” kata Ketua Polis Kolkata, Manoj Verma kepada wartawan sambil menambah kebakaran yang berlaku malam Selasa kini terkawal.
Beliau mengesahkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh.
Kebakaran bangunan adalah biasa di India berikutan kekurangan peralatan pemadaman kebakaran selain undang-undang keselamatan yang diabaikan.
Agensi berita, The Press Trust of India yang merakamkan gambar kebakaran itu dari sebuah bangunan melaporkan bahawa ‘beberapa orang dilihat cuba menyelamatkan diri menerusi tingkap bangunan’.
Akhbar tempatan yang beribu pejabat di Kolkata, The Telegraph melaporkan sekurang-kurangnya seorang maut apabila dia ‘terjun daripada teres untuk menyelamatkan diri’ daripada kebakaran itu.
Verma berkata, kebakaran telah diatas dan ‘operasi penyejukan sedang dilakukan’. – AFP