Gambar IPD Kuantan

KUANTAN – Hasrat lima sekeluarga membeli jambu batu tidak kesampaian apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di Jalan Pintasan Kuantan-Kemaman, berhampiran Taman Pertanian Jubli Perak, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dengan sebuah lori Hino.

“Siasatan awal mendapati kereta dinaiki lima sekeluarga itu dari arah Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) hendak ke Paka, Terengganu.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta telah memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk membeli buah jambu di seberang jalan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasangan suami isteri itu meninggalkan anak-anak yang berumur enam tahun, lapan tahun dan 20 tahun di dalam kereta untuk melintas jalan bagi tujuan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, tiba-tiba sebuah lori dari arah sama telah hilang kawalan dan melanggar kedua mereka dan kereta yang berada di bahu kiri jalan itu.

“Akibat kemalangan tersebut, mereka sekeluarga yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kuantan untuk menerima rawatan lanjut,” tambah Wan Mohd Zahari.

Pemandu kereta yang merupakan imam Masjid Jamek Paka mengalami luka di kepala, badan, tangan serta kaki dan dirawat di Zon Kuning.

Anak pasangan itu  berusia 20 tahun yang juga pelajar UNIPSAS serta anak perempuan berusia 6 tahun yang mengalami luka dirawat di Zon Kuning hospital berkenaan.

Bagaimanapun, anak perempuan mangsa berusia lapan tahun yang merupakan penumpang belakang cedera parah dan tidak sedarkan diri kini diraway di Zon Merah hospital sama.

Wan Zahari berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa isteri mangsa yang merupakan seorang suri rumah berusia 41 tahun bernama Umi Khaltom Mohamad Danyan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Zon Merah hospital terbabit pada pukul 10.20 malam tadi dengan punca kematian ialah Polytrauma.

Katanya, pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan disahkan positif dadah jenis Methamphetamin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here