wan ahmad fayhsal lawatan rasmi
Neow Choo Seong

KUALA LUMPUR – Perjuangan MCA dalam politik Malaysia belum selesai dan perlu diperkasa semula demi masa depan rakyat yang lebih adil dan sejahtera.

Sebaliknya, kata Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, MCA bukan sekadar parti politik tetapi simbol pengorbanan generasi terdahulu yang telah meletakkan asas kepada kestabilan politik, pembangunan ekonomi serta kemajuan pendidikan sejak sebelum merdeka hingga ke hari ini.

Menurutnya, sejak ditubuhkan pada 1949, MCA telah memainkan peranan penting dalam membina negara menerusi kerjasama dalam Parti Perikatan dan Barisan Nasional (BN)

Katanya, antara sumbangan utama parti termasuklah penubuhan institusi pendidikan seperti TAR UMT, UTAR dan VTAR, selain memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi nadi ekonomi rakyat.

“Tetapi keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 yang menyaksikan MCA hanya memenangi dua kerusi Parlimen merupakan isyarat jelas bahawa parti perlu berani melakukan muhasabah dan perubahan untuk kekal relevan dalam lanskap politik baharu yang lebih mencabar.

“Perjuangan MCA dan BN bukan sekadar satu simbol atau nama semata-mata, tetapi ia sarat dengan nilai sejarah, pengorbanan dan kejayaan yang tidak terganti dulu, kini dan selamanya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menggesa MCA dan komponen BN lain memperkukuh kerjasama, memperjuangkan dasar yang inklusif serta mendekati generasi muda dengan isu-isu semasa seperti pendidikan, peluang pekerjaan dan kos sara hidup.

Dalam pada itu, ketika menyentuh tema Hari Pekerja tahun ini ‘Pekerja Kesuma Bangsa’, beliau berkata, ia wajar menjadi refleksi kepada komitmen MCA dan BN untuk terus menjadi pekerja kepada rakyat.

“Dengan keberanian melakukan transformasi dalaman, menyuarakan kebenaran dan mendengar denyut nadi rakyat, MCA mampu bangkit semula dan memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan Malaysia,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here