Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof melakukan gimik perasmian Kad Pekerja MADANI dan Aplikasi Telefon Pintar MyFutureJobs ketika hadir ke Sambutan Hari Pekerja Kebangsaan 2025 di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 MEI 2025.

KUALA LUMPUR – Kira-kira satu juta ahli kesatuan pekerja menerima akses diskaun sehingga 30 peratus di lebih 100 syarikat yang menawarkan barangan keperluan dan perkhidmatan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberitahu, ia merupakan pengenalan oleh kerajaan terhadap iniasitif Kad Pekerja Madani.

“Kad Pekerja Madani untuk memberikan ruang kepada ahli kesatuan yang ada kad pekerja ini, diberi diskaun dalam kemudahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja 2025 di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Antara syarikat yang terbabit menawarkan akses diskaun itu termasuk AEON, Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, Old Town White Coffee, Zuss Coffee, SOCAR dan Bateriku.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, golongan pekerja adalah pemangkin utama dalam mencipta sebuah negara hebat dan berdaya saing.

Katanya, setiap individu yang bekerja sama ada di kilang, jabatan kerajaan, klinik, sekolah, balai polis atau mana-mana sektor memainkan peranan penting dalam menggerakkan perubahan dan mencatat kejayaan negara.

“Negara ini masih berdepan pelbagai cabaran. Hari-hari kita dihadapkan dengan isu besar seperti krisis di Palestin dan ketidaktentuan global termasuk tindakan sesuka hati kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

“Namun kita tetap mampu mara jika semua bekerja dengan tekun, ikhlas dan penuh iltizam. Tidak kira sektor mana, pekerja yang berpegang kepada nilai keikhlasan dan kepercayaan kepada negara pasti menyumbang kepada pembentukan negara hebat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here