Kredit: Bank Muamalat Malaysia Berhad

KUALA LUMPUR – Bagi menghargai jasa dan pengorbanan golongan pekerja yang komited menyumbang dalam kesejahteraan komuniti, Bank Muamalat Malaysia (Bank Muamalat) menganjurkan program ‘Kongsi Rezeki Bersama Hero Tanpa Nama’.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, kempen bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ itu melibatkan sumbangan barangan keperluan asas, seperti makanan kering, minuman, kelengkapan kebersihan diri, dan barangan harian.

“Antara golongan sasaran yang menerima sumbangan termasuklah petugas kesihatan, anggota. keselamatan, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan lain-lain individu yang berperanan penting dalam kelangsungan kehidupan harian masyarakat.

“Bank Muamalat sentiasa memainkan peranan aktif dalam pembangunan komuniti melalui pelbagai inisiatif kebajikan dan sosial yang berteraskan nilai- nilai murni.

“Bank Muamalat amat menghargai jasa dan pengorbanan golongan pekerja yang sering kali tidak didendang, namun memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Khairul, program tersebut bukan sekadar sumbangan material sebaliknya simbol solidariti dan penghargaan kepada wira tidak didendang yang terus menyumbang kepada masyarakat.

“Inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja Bank Muamalat tetapi turut menyampaikan mesej bahawa setiap sumbangan, tidak kira sekecil mana pun mampu membawa sinar dan senyuman kepada mereka yang memerlukan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here