Berikut merupakan gambar berita palsu yang telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan beberapa platform media sosial.

KUALA LUMPUR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menegaskan maklumat yang sedang tular di aplikasi WhatsApp dan beberapa platform media sosial berkaitan “Amaran Suhu Akan Meningkat Antara 45°C Hingga 55°C” adalah tidak benar.

APM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung ramalan suhu ekstrem yang bakal melanda negara, katanya dalam kenyataan.

“APM sangat memandang serius berkenaan penyebaran maklumat palsu seperti ini yang boleh memberikan kesan buruk khususnya kekeliruan dan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, APM menasihatkan kepada semua masyarakat agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan kesahihannya dan hendaklah merujuk kepada sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan lain-lain agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mendapatkan informasi yang sahih dan terkini mengenai keadaan cuaca dan amaran cuaca. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here