Aznan Tamin Foto: NIZAM ZAIN

JOHOR BAHRU – Tindakan perlu diambil sekiranya benar terdapat pihak yang cuai hingga mengakibatkan seorang budak maut dalam van sekolah di Taman Bukit Indah di sini kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, siasatan menyeluruh dan terperinci perlu dilakukan pihak polis bagi mengetahui punca sebenar kejadian tersebut.

“Sekiranya terdapat sebarang unsur kelalaian atau kecuaian, saya menegaskan agar tindakan sewajarnya diambil mengikut lunas undang-undang.

“Mana-mana pihak yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan. Saya ucapkan takziah kepada keluarga adik Yu Zie (mangsa terbabit).

“Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian tersebut, kanak-kanak lelaki terbabit yang berusia lima tahun meninggal dunia akibat lemas selepas hampir lima jam terperangkap dalam van sekolah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan dilaporkan berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam van sekolah kira-kira pukul 12 tengah hari.

Katanya, mangsa yang bersekolah di sebuah tadika di Taman Bukit Indah di sini menaiki van dari kediaman keluarga sebelum sampai di hadapan tadika pukul 7.30 pagi hari.

“Mangsa dipercayai tertinggal selepas pemandu van menurunkan kanak-kanak lain di hadapan tadika pada pukul 7.30 pagi.

“Kanak-kanak terbabit ditemui tidak sedarkan diri kira-kira pukul 12 tengah hari,” ujar Kumarasan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here