Tangkap layar memaparkan dua lelaki bergaduh berebut tempat parking dibsebuah pasar raya di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri.

ISKANDAR PUTERI – Tular dua lelaki bergaduh kerana berebut tempat letak kereta di parkir sebuah pasar raya di Taman Bukit Indah di sini.

Video pergaduhan berdurasi 40 saat itu  menunjukkan kedua-dua lelaki terbabit bertikam lidah sebelum bertumbuk di kawasan parkir berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M Kumarasan berkata, pergaduhan itu berlaku antara seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun dengan seorang lelaki warga Singapura berusia 49 tahun.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham ketika mereka cuba mengambil petak parkir kereta.

“Siasatan sedang dijalankan dan pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pemilik kenderaan supaya bertenang, bertolak ansur dan bertindak rasional ketika selisih faham.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here