Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemaah yang hadir selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra. Selangor. Foto AIZAT ZAINAL 2 MEI 2025.
KUALA LANGAT –  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak yang mempersoalkan ‘kehilangan’ Menteri Ekonomi Datuk Seri Razifi Ramli yang dipercayai bercuti.
Meskipun begitu, Anwar bertindak kunci mulut dan enggan menjawab pertanyaan media tentang alasan mengapa Rafizi  bercuti.
“Ada ke punya soalan tak boleh cuti. Kenapa (Rafizi) tak boleh cuti?,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Rafizi yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan sedang bercuti dan didakwa meletakkan jawatan dalam kerajaan.
Desas desus itu timbul selepas pemilihan cabang PKR baru-baru ini menyaksikan beberapa sekutu rapat Rafizi tersingkir dan ia memberi isyarat laluan getir buat dirinya untuk mempertahankan jawatan nombor dua.
Selain itu, Anwar dengan berseloroh mahu mengikut jejak langkah Rafizi untuk bercuti lama selepas selesai persidangan ASEAN.
“Saya pun nak cari beberapa hari cuti, saya nak lepaskan Summit (ASEAN). 
“Boleh tak saya cuti?” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here