Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Polis mengesahkan kes bayi berusia 13 bulan cedera akibat terjerut kain buaian di sini pada 15 April lalu tidak mempunyai sebarang unsur berkaitan jenayah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan lanjut akan diteruskan selepas berjaya merakam percakapan lima individu.

”Polis telah mengambil lima rakaman percakapan berkaitan kes itu termasuk pengasuh, ibu mangsa dan pegawai perubatan. Siasatan sudah selesai dan keterangan diambil, hasil dari siasatan kita kelaskan tiada unsur jenayah,” katanya.

Bagaimanapun Yahaya berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata demikian ketika program bersama 131 peniaga barang lusuh Pahang di Dewan Teknologi Maklumat, Kompleks Alor Akar hari ini.

Sebelum ini polis merakam percakapan seorang pengasuh berusia dalam lingkungan 50-an bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada 30 April lalu, seorang ibu kepada bayi lelaki berusia 13 bulan itu menuntut siasatan lanjut pihak berkuasa selepas anaknya maut didakwa cedera akibat terjerut kain buaian di rumah pengasuh.

Ibu berusia 37 tahun ingin mengetahui punca kejadian termasuk bimbang insiden kecuaian berlaku lagi.

Wanita berkenaan menerima panggilan daripada seorang pengasuh pada pukul 9.30 pagi pada 15 April lalu memaklumkan leher anak lelakinya dipercayai terjerut kain buaian.

Hasil pemeriksaan perubatan mengesahkan anaknya mengalami simptom hipoksia otak selepas menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here