Motosikal yang dinaiki dua lelaki selepas melanggar lampu isyarat merah selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Banting- Jugra, Selangor semalam. Foto orang awam

KUALA LUMPUR – Gara-gara langgar lampu insyarat merah, dua lelaki maut selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Banting- Jugra, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitenden Akmalrizal Radzi berkata, dalam kejadian jam 1.30 petang itu kemalangan melibatkan motosikal jenis Y15R dan sebuah kereta Toyota Corolla Altis yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Siasatan awal mendapati, pemandu kereta yang juga eksekutif sebuah syarikat berusia lingkungan 50-an itu kemudiannya membelok ke kanan apabila lampu isyarat bertukar hijau.

“Kemudian datang motosikal dari arah bertentangan bergerak terus lalu melanggar sisi kiri kereta itu dan berlaku pelanggaran hingga kedua-dua mangsa tercampak dan terjatuh di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua lelaki mengalami kecederaan parah di kepala dan segera dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut. Foto orang awam

Tambah beliau, akibat kejadian itu penunggang dan pembonceng mengalami kecederaan parah di kepala dan segera dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Namun sekitar jam 2.15 petang, katanya pegawai perubatan mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia ketika menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nor Baiti Mustafa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here