Seramai 131 peniaga lusuh di negeri ini menyertai program Polis Pahang bersama peniaga barang lusuh Pahang di Dewan Teknologi Maklumat, Kompleks Alor Akar, di Kuantan hari ini

KUANTAN – Peniaga lusuh di negeri ini dinasihatkan agar tidak membeli perkakas alatan telekomunikasi atau kabel komunikasi yang dicuri.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, peniaga perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengekang gejala berkenaan yang semakin meningkat.

Menurutnya pihak polis mengadakan perjumpaan barang lusuh jenis bagi mengekang kes kecurian meningkat walaupun tangkapan dibuat oleh polis semakin meningkat.

”Perjumpaan ini bagi mengelakkan daripada pencegahan dari awal kepada peniaga untuk sama-sama membantu pihak polis. Polis perlukan kerjasama semua pihak bagi menagani daripada berlaku kes kecurian kabel,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Polis Pahang bersama peniaga barang lusuh Pahang di Dewan Teknologi Maklumat, Kompleks Alor Akar hari ini.

Untuk rekod, sebanyak 211 kes dilaporkan dengan 31 tangkapan pada tahun 2023.

Bagaimanapun kes tersebut terus meningkat apabila merekodkan sejumlah 414 kes dengan 100 tangkapan pada tahun lalu.

Jelas Yahaya, pendedahan penting bagi memastikan kedai barang lusuh atau besi buruk tidak membeli barangan yang dicuri kerana ia adalah merupakan perkara yang menyalahi undang-undang.

Selain itu, pemilik syarikat telekomunikasi adalah digesa untuk menyemak latar belakang kontraktor yang dilantik untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Ia kerana kebanyakan kes kecurian yang dilaporkan dilakukan oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja pemasangan kabel.

Juteru tegas Yahaya, semua peniaga barang lusuh diwajibkan memohon lesen dibawah Akta Peniaga Sekendhend 1946.

Mana-mana premis yang menjalankan perniagaan barang lusuh tanpa lesen, boleh didakwa di bawah Seksyen 6, Akta Peniaga Sekendhend 1946, iaitu boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali selain lesen perniagaan boleh dibatalkan.

”Kepada pelesen-pelesen, sentiasalah patuh pada peraturan dan undang-undang bagi membendung gejala curi daripada terus berleluasa.

”Melalui akta ini, orang yang menjual dan yang membeli barangan curi boleh dikesan serta ditangkap seterusnya dihadap ke muka pengadilan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here