Logo Petronas di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan sudah menerima notis rasmi daripada Kerajaan Negeri Sarawak berhubung aktiviti pemprosesan dan pengedaran gas di negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata, cabang huluannya Petronas Carigali Sdn Bhd beroperasi mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974).

Akta ini menyediakan kuasa berkanun untuk syarikat menjalankan operasi berkaitan petroleum di seluruh negara, tertakluk kepada pematuhan undang-undang.

“Walaupun kami menghormati aspirasi negeri Sarawak, Petronas juga mempunyai kewajipan untuk menegakkan PDA 1974 dan menjaga kepentingan negara,” kata Petronas.

Petronas berkata, syarikat ini kekal komited terhadap penglibatan yang membina dan akan terus bekerjasama rapat dengan kedua-dua- Kerajaan Persekutuan dan negeri Sarawak.

Ini termasuk kerjasama dengan firma minyak dan gas milik negeri Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (Petros), untuk meneroka pengaturan masa depan yang memastikan kejelasan peraturan dan kesinambungan operasi.

“Kami juga komited untuk memastikan hak dan kepentingan semua pihak, termasuk pengguna akhir dan pelabur, ditangani dengan sewajarnya,” katanya. yang mengulas mengenai pertikaian antara pihak berkuasa Sarawak dan Petronas Carigali mengenai bidang kuasa kawal selia di Terminal Minyak Mentah Miri.

Dalam notis undang-undang, Sarawak mendakwa Petronas Carigali melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas 2016.

Lantaran itu, Petronas Carigali telah memberi tempoh 21 hari untuk mendapatkan lesen yang diperlukan, jika gagal yang boleh membawa kepada penalti kewangan di bawah Seksyen 21A ordinan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here