Sergio Aguero. Foto Facebook Sri Pahang.

KUALA LUMPUR – Pemain Sri Pahang, Sergio Aguero memberi bayangan akan meninggalkan kelab itu dia memuat naik ucapan terima kasih buat rakan dan juga pihak pengurusan skuad tersebut.

”Hari ini, sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata apa ertinya Pahang dalam hidup saya. Lima tahun lalu, saya tiba di sini sebagai orang asing. Saya tidak tahu apa yang menanti dan yang saya bawa hanya impian dan harapan yang tinggi.

“Namun sejak hari pertama, Pahang menerima saya dengan tangan yang terbuka. Pahang berikan saya sebuah pasukan, sebuah rumah keluarga dan paling penting rasa dimiliki.

“Ke mana pun bola sepak membawa saya selepas ini, Pahang tetap akan kekal dalam hati saya,” tulisnya pemain kebangsaan tersebut.

Aguero turut merakamkan ucapan terima kasih buat pemilik Sri Pahang, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah atas segala jasa sepanjang lima tahun baik daripada segi kerjaya mahu pun kehidupan peribadi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here