KUALA LUMPUR – Ahli sukan bina badan di negara ini perlu memiliki tahap kesedaran tinggi dan sentiasa peka dalam pengambilan makanan tambahan agar tidak berpalit dengan isu doping pada mana-mana kejohanan.
Presiden Kelab Bina Badan Enrich, Krishna Kumar berkata, kursus berkaitan itu perlu dipergiatkan agar ia dapat memberi pengetahuan luas bagi kesan masa pendek panjang pengambil ke atas bahan terlarang kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Menurutnya, dengan adanya pendedahan kod sukan selamat, ia dapat membantu serta mencegah sebarang gangguan seksual yang terjadi di dalam sukan.
“Kursus anti doping yang dianjurkan diharap dapat memberi maklumat dan panduan agar masyarakat atau penggiat sukan terutama ahli bina badan agar lebih peka dengan pengambilan makanan tambahan.
“Pada masa sama, ia mampu menjadikan sukan bina badan bebas doping di masa akan datang di negara ini tanpa terpalit dengan bahan terlarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Kelab Bina Badan Enrich akan menganjurkan Kursus Nutritions, Anti Doping & Kod Sukan Selamat di Bunga Kemboja Fitness, Seri Kembangan pada 17 Mei ini.

Kursus itu dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Agensi Anti Doping Malaysia, Institut Sukan Negara dan Jabatan Belia Sukan Negara (JBSN).
Mengulas lanjut, Kumar berkata, pihaknya menyasarkan seramai 60 peserta menyertai kursus yang diadakan sehari itu dengan objektif ia dapat memberi penjelasan kenapa harus adanya anti doping bagi sukan berkenaan di Malaysia.
“Kursus ini ingin memberi peluang kepada para atlet bertanya langsung kepada pihak bertanggungjawab sebarang kemusykilan agar maklumat yang diterima adalah benar
“pada masa sama, ia diharap dapat memberi peluang kepada para atlet untuk bertanya langsung kepada pihak bertanggungjawab sebarang kemusykilan agar maklumat yang diterima adalah benar,” katanya. – MalaysiaGazette