Tertuduh Muhammad Syafiq Mohamad Izhar, 30, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mencuri rantai emas dan tabung syiling melibatkan kerugian RM15,000 April lalu.

MELAKA – Seorang tukang cuci mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mencuri rantai emas dan tabung syiling, bulan lalu.

Tertuduh Muhammad Syafiq Mohamad Izhar, 30, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didapati dengan niat mencuri rantai emas arwah isteri pengadu dan tabung syiling milik pengadu, lelaki berusia 66 tahun, tanpa pengetahuannya melibatkan kerugian bernilai RM15,060.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Pandan Jaya 1, Balai Panjang, dalam daerah Melaka Tengah pada 22 April lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga 10 tahun dan dikenakan denda bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian, hendaklah dipenjara dan denda atau sebat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib mencadangkan jaminan RM6,000.

Peguam Umar Zulkarnain bagaimanapun memohon jaminan rendah atas budi bicara mahkamah.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan jaminan RM3,000. Kes akan disebut semula 18 Jun ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here