Sejumlah 25 motosikal disita manakala 165 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh menangani kes samseng jalanan.
Menerusi kenyataannya, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, operasi jam 6.30 petang semalam dibuat hasil maklumat kegiatan samseng jalanan di kawasan Kampung Merkang.