Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas ditikam bapa kandungnya dalam kejadian di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, di Pasir Mas, Kelantan.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 9.08 pagi semalam.