Calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selayang, Datuk Wan Ibnul Bahar Wan Ismail bercakap kepada wartawan ketika sidang media berkaitan pelanggaran peraturan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Selayang di Pusat Bandar Country Homes, Rawang Selangor. Foto HARI ANGGARA, 3 MEI 2025.

RAWANG – Calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selayang, Datuk Wan Ibnul Bahar Wan Ismail mempersoalkan lonjakan mendadak kira-kira 700 pengundi sewaktu sistem tergendala antara jam 4 hingga 4.30 petang pada hari pengundian semula kelmarin.

Beliau menyifatkan keputusan itu sebagai pelik kerana berdasarkan undi yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) secara rasmi di Facebook, undi daripada pasukan Get Out The Vote (GOTV) miliknya yang tegar telah berjaya mengumpul lebih 1,500 lebih.

Jelas beliau,  situasi itu berbeza dengan lawannya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat hanya mendapat lebih 1,200 undian.

“Namun agak pelik sekitar pukul 4.00 petang hingga 4.30 petang, sistem tergendala dan JPP telah menghantar notis di WhatsApp bahawa waktu pemilihan semula itu dilanjutkkan sehingga 5.30 petang.

“Jadi kami tertanya-tanya apa yang berlaku ketika itu dan tiba-tiba keputusan mengejutkan kerana pada waktu sistem tergendala itu ada lebih 68 peratus lonjakan yang ketara dan dalam lonjakan itu memberi undi kepada Chua.

“Walaupun saya seorang patuh kepada parti, saya beranggapan terdapat kesilapan yang terpencil dalam sistem dan tidak tahu apa yang berlaku,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kelmarin, pengundian semula pemilihan PKR yang dijalankan menyaksikan Wei Kiat menang jawatan Ketua Cabang Selayang dengan 1,945 undi, mengatasi Wan Ibnul Bahar dengan 1,693 undi.

Berdasarkan pengumuman di laman sesawang Pemilihan 2025 PKR, Wei Kiat menang jawatan Ketua Cabang Selayang dengan 1,945 undi, mengatasi Wan Ibnul Bahar dengan 1,693 undi.

Seorang lagi calon diumumkan hilang kelayakan bertanding.

Pada pemilihan semula itu, seramai 3,647 ahli keluar mengundi dengan jumlah yang layak melakukan pengundian adalah 4,705 orang.

Keputusan pemilihan sebelum ini menyaksikan Wei Kiat yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR gagal dalam cubaan memimpin Cabang Selayang apabila tewas dalam pertembungan tiga penjuru.

Calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selayang, Datuk Wan Ibnul Bahar Wan Ismail bercakap kepada wartawan ketika sidang media berkaitan pelanggaran peraturan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Selayang di Pusat Bandar Country Homes, Rawang Selangor. Foto HARI ANGGARA, 3 MEI 2025.

Mengulas lanjut, Wan Ibnul Bahar turut mendakwa Wei Kuat secara terang-terang telah melanggar peraturan pemilian apabila bellau gagal menjelaskan tunggakan sebanyak RM18,700 kepada cabang sebelum hari pencalonan.

Malah dakwa beliau, bertambah malang apabila kesalahan lawannya telah disucikan oleh JPP termasuk kesalahan berkali-kali menggunakan fasiliti kerajaan untuk politik

“Bagaimana pula dengan status Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen yang pada masa itu yang masih bertugas sebagai JPP pernah menyertai mesyuarat tertutup dengan calon-calon yang tewas?

“Malah Yang Berhormat YB William juga telah turut terlibat untuk membenarkan penggunaan fasiliti kerajaan bagi tujuan politik,” dakwanya.

Sementara itu, keputusan undian semula turut menyaksikan perubahan keputusan pada dua jawatan di Jempol di Negeri Sembilan dan Pasir Salak di Perak.

Perubahan itu membabitkan Manivanan Gowin yang juga Setiausaha Politik Pejabat Presiden PKR menang di Jempol dan Hisamuddin Ali pula di Pasir Salak.

Bagaimanapun pemilihan semula untuk jawatan Ketua Cabang Silam di Lahad Datu menyaksikan ‘status quo’ apabila Romansa Lamin mempertahankan kemenangan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here