penyanyi Suan Suhaimi selamat bergelar suami kepada Rania Al Sadat.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Sufian Suhaimi menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini wanita pilihan Rania Al Sadat selepas melangsungkan majlis pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi video yang tular di TikTok, majlis tersebut hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat sahaja.
Pada majlis itu, Sufiaan, 33, menyerahkan mas kahwin berupa satu dinar emas kepada Rania dan berkongsi momen dia dan isteri sedang merakamkan foto bahagia di perkarangan masjid berkenaan.

Sebelum ini, Sufian mengesahkan hubungan cintanya dengan Rania, 24, berakhir apabila cincin risik dipulangkan pada April tahun lalu.

Bagaimanapun, awal tahun ini, dia mendedahkan hubungan mereka kembali terjalin.

Untuk rekod, Sufian menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania pada Oktober lalu.
Sekadar info, Sufian pernah bertunang dengan pelakon Elra Loy pada 6 Oktober 2017 namun ikatan itu terlerai empat bulan kemudian. – MalaysiaGazetet

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here