Jumlah mangsa banjir di Sook, Sabah meningkat kepada 392 orang daripada 126 keluarga pada 8 pagi tadi berbanding 272 orang daripada 87 keluarga pada 8 malam semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka iaitu Dewan Kampung Ansip Tengah menempatkan 117 orang daripada 39 keluarga.