negeri seperti Selangor dan Pahang telah pun mengambil inisiatif membangunkan beberapa pusat perlindungan bagi haiwan terbiar.

KUALA LUMPUR – Persatuan Haiwan Malaysia (SHM) menggesa Kerajaan Negeri Sembilan untuk menghentikan serta-merta tindakan pelupusan haiwan terbiar yang dianggap sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Presidennya, Nashriq Ismail Sabri berkata, pihaknya menyeru kerajaan negeri itu agar mengambil langkah yang lebih bertanggungjawab di mana salah satu cadangan adalah untuk membina lebih banyak pusat perlindungan haiwan di kawasan yang berisiko tinggi.

Menurut berkata, cadangan ini bertujuan untuk menyediakan satu jalan penyelesaian yang berperikemanusiaan terhadap isu anjing dan kucing jalanan yang semakin meningkat.

“Dengan pembinaan sebuah Pusat Perlindungan Anjing dan Kucing Jalanan, kerajaan dapat menjalankan operasi tangkapan haiwan jalanan tanpa perlu mengambil tindakan pembasmian atau pembunuhan yang tidak beretika.

“Untuk menjayakan inisiatif ini, pihak kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan seperti yang sememangnya aktif dalam usaha menjaga kebajikan haiwan.

“NGO-NGO ini boleh membantu menguruskan pusat perlindungan secara sukarela, termasuk memberi pendidikan kepada masyarakat tentang tanggungjawab memelihara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nasriq menambah, pusat yang dibangunkan itu akan berfungsi sebagai tempat perlindungan sementara bagi haiwan-haiwan ini di mana ia akan diberi rawatan kesihatan, makanan, perlindungan dan perhatian sewajarnya.

Menurutnya, haiwan yang berjaya dipulihkan boleh disediakan untuk proses pengambilan angkat (adoption) oleh orang awam yang berminat, sekali gus mengurangkan jumlah haiwan jalanan secara berperingkat dan beretika.

“Cadangan untuk mewujudkan pusat perlindungan haiwan ini bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan negeri-negeri seperti Selangor dan Pahang telah pun mengambil inisiatif membangunkan beberapa pusat perlindungan bagi haiwan terbiar.

“Selain itu, pelaksanaan program Trap-Neuter-Return-Manage (TNRM) secara menyeluruh juga sering dicadangkan oleh NGO Pencinta Haiwan di seluruh negara dan kaedah ini melibatkan penangkapan anjing terbiar secara sistematik, pensterilan untuk mengelakkan pembiakan, dan pelepasan semula ke habitat asal dengan pemantauan kesihatan yang berterusan.

“Ini adalah pendekatan yang terbukti berkesan di pelbagai negara dan diiktiraf oleh organisasi kebajikan haiwan antarabangsa,” katanya.

Nasriq turut memberitahu, menggunakan alasan ‘gangguan penduduk’ sebagai justifikasi pelupusan tidak boleh dijadikan lesen untuk bertindak zalim.

Kata beliau, SHM menuntut agar setiap aduan disiasat secara profesional dengan bukti yang sahih dan bukan berdasarkan persepsi atau tekanan politik semata-mata.

Menurutnya, sudah tiba masanya kerajaan negeri berhenti bergantung kepada penyelesaian lapuk dan tidak berkesan seperti pelupusan.

“Langkah sedemikian bukan sahaja kejam malah memburukkan persepsi awam terhadap cara kerajaan menangani isu haiwan terbiar dan  kami mohon untuk Kerajaan Negeri Sembilan mengambil pendekatan moden, berasaskan data dan berperikemanusiaan.

“PHM bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri, jabatan veterinar, NGO serta masyarakat sivil dalam menjayakan model pengurusan haiwan terbiar yang lebih adil, berkesan dan beretika.

“Jika kerajaan ingin negara kita ‘move forward’, maka kita perlu mempunyai pemikiran yang selari iaitu ‘move forward thinking’ dengan mencontohi negara-negara maju yang sangat peka terhadap hak asasi haiwan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here