KUALA LUMPUR – Seorang lagi bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM360 juta direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Pendaftar, Eleanor Mako Timothy selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, pada pagi tadi.

Menurut sumber, suspek seorang lelaki berusia sekitar 40-an itu ditahan kira-kira jam 11 malam, semalam selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi membuat tuntutan berjumlah kira-kira RM360 juta yang menggunakan dana sukuk dalam projek pembinaan lebuhraya yang bernilai kira-kira RM1.3 bilion,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Datuk Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM2009.

Sementara itu katanya, empat individu yang ditahan reman pada Rabu lalu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Antara yang ditahan pada waktu itu adalah individu bergelar ‘Datuk Seri’.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here