Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor merampas 90 unit tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM 8,000 sepanjang Ops Gasak yang bermula 1 Mei.
Menurut Pengarah KPDN negeri, Mohd Zuhairy Mat Radey, ia dibuat selepas pihaknya menggempur 35 premis dalam tempoh 2 hari ia dilancarkan.