Khairulazhan Khalid. Foto Facebook Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Penang FC serius memperkuatkan kelab itu dalam Liga Super musim depan apabila dilaporkan mahu mendapatkan khidmat bekas penjaga gol Merah Kuning, Khairulazhan Khalid dan bekas penjaga gol Perak FC, Ramadhan Hamid.

Spekulasi itu timbul selepas penjaga gol pinjamannya, Sikh Izhan Nazrel akan kembali menyertai Selangor FC selepas tempoh pinjamannya berakhir.

Khairulazhan meninggalkan Selangor selepas lebih sedekad bersama pasukan itu dan membantu Selangor muncul naib juara Piala FA, Piala Malaysia dan muncul juara MFL Challenge Cup.

Selepas menyertai Merah Kuning dari Sri Pahang FC pada 2016, pemain berusia 35 tahun itu merekodkan 150 penampilan buat pasukan Lembah Klang itu.

Khairulazhan turut merekodkan 15 penampilan bersama Harimau Malaya dan pernah beraksi untuk Pahang dan kelab Shahzan Muda.

Ramadhan pula merupakan penjaga gol berpengalaman yang pernah beraksi untuk Kelantan FC, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Penang, PDRM dan UiTM FC.

Selain Khairulazhan dan Ramadhan, beberapa pemain lain turut dikaitkan dengan perpindahan ke Penang FC antaranya Clayton da Silva dari Perak dan Fazrul Amir Md. Zaman (KDN FC) dan Arif Farhan dari Kedah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here