Anggota bomba memeriksa keadaan disebuah kilang selepas mesin dandang stim meletup di kilang kelapa sawit di Bestari Jaya, Kuala Selangor pagi tadi. Gambar: Ihsan JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Empat pekerja melecur apabila mesin dandang stim kilang kelapa sawit di Bestari Jaya di Kuala Selangor meletup pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.55 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya.

“Susulan insiden berkenaan, empat mangsa lelaki iaitu masing-masing seorang warga tempatan dan Bangladesh serta dua warga Nepal berusia antara 27 hingga 38 tahun cedera.

“Kebakaran berikutan letupan itu juga berjaya dipadam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, pekerja kilang berkenaan sedang melakukan kerja pemanasan air di mesin berkenaan bagi tujuan operasi kilang sebelum ia meletup.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang menaiki kenderaan sendiri untuk rawatan lanjut dan seorang daripada mereka dirawat di zon merah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here