Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli, dilaporkan meluahkan hasrat untuk meletak jawatan dalam satu mesyuarat bersama penyokongnya yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 23 April.

Bagaimanapun, sumber menafikan khabar angin bahawa Mohd. Rafizi telah mengosongkan pejabatnya.

Memetik seorang penyokong setianya, Sinchew Daily melaporkan, Mohd. Rafizi meluahkan hasrat meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan parti yang dianggap tidak adil.

Mohd Rafizi, yang juga Menteri Ekonomi, telah memohon cuti selama sebulan, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan Mohd Rafizi akan bercuti sehingga 31 Mei.

Sumber lain turut memberitahu Sinchew Daily bahawa hala tuju Mohd. Rafizi akan lebih jelas sekitar awal Mei selepas sebuah syarikat audit luar negara mengaudit sistem pemilihan PKR dan mengemukakan laporan.

Mohd. Rafizi mencadangkan audit tersebut kepada Anwar berikutan suara tidak puas hati yang berterusan mengenai sistem pemilihan sedia ada.

Beberapa cabang PKR telah mengadakan pemilihan semula yang menyaksikan perubahan keputusan pada tiga jawatan ketua cabang, iaitu Selayang di Selangor, Jempol di Negeri Sembilan, dan Pasir Salak di Perak.

Tarikh pencalonan untuk MPP PKR juga telah dijadualkan semula dari 3 dan 4 Mei kepada 8 dan 9 Mei.

Anwar bagaimanapun menjelaskan tiada isu berbangkit berhubung status Mohd. Rafizi yang sedang bercuti panjang.

Anwar sebaliknya menyifatkan permohonan cuti sebagai perkara biasa bagi seorang pekerja dan beliau juga sedang mencari masa yang sesuai untuk bercuti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ramai yang saran supaya menteri formula songsang ni untuk bercuti terus kerana tiada sumbangan kepada ekonomi rakyat marhaein. Sistem PADU yang menelan belanja puluhan jutaan ringgit juga dipersoalkan. Ianya sebuah pembaziran wang rakyat. Disarankan badan berkuasa/SPRM dapat menyiasat projek yang gagal ini?

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here