Kon Yeow merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Pulau Pinang bakal mewujudkan sebuah lembaga khas bagi mengurus dan melindungi sumber air mentah negeri ini secara lebih menyeluruh dan mampan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, langkah tersebut akan dilaksanakan menerusi pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) baharu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan datang.

“Lembaga berkenaan akan berperanan khusus dalam hal ehwal berkaitan air mentah termasuk aspek pendakwaan jika berlaku sebarang pelanggaran kepentingan sumber berkenaan.

Kon Yeow.

“Kini kita hanya ada Badan Kawal Selia Air di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan kini sudah tiba masa untuk negeri ini ada enakmen sendiri serta satu badan pengurusan air mentah yang berfungsi secara lebih terfokus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang di kawasan lapang berhampiran Empangan Air Itam di sini, hari ini.

Tambah Kon Yeow, penubuhan lembaga itu juga akan membantu kerajaan negeri memperkasa usaha pemeliharaan serta pemuliharaan sumber air mentah secara lebih lestari demi kepentingan rakyat jangka panjang.

“Setakat ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hanya diberi tanggungjawab terhadap aspek operasi seperti pengambilan dan rawatan air mentah, pengagihan air terawat, penyelenggaraan infrastruktur, serta pengurusan akaun pelanggan.

“PBAPP tidak terlibat secara langsung dalam pelindungan sumber air mentah dari segi dasar atau undang-undang. Justeru, penubuhan lembaga baharu ini amat penting bagi menampung jurang tersebut,”katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here