Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di Kilometer 430 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Plaza Tol Gemuruh di Kuala Terengganu, Terengganu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.45 pagi semalam.