Sistem pengangkutan awam yang semakin canggih terutamanya di Lembah Klang tidak akan sempurna tanpa inisiatif kerajaan menyediakan perkhidmatan perantara seperti bas dan van. Ia bertujuan memudahkan pergerakan para pengguna dari tempat tinggal ke destinasi yang dituju. Perkhidmatan Sistem Transit Responsif Permintaan (DRT) atau Rapid KL On-Demand antara kemudahan yang disediakan untuk rakyat.- MG