Menjadi banduan bukan penghalang untuk terus belajar sehingga berjaya ke tahap yang lebih tinggi. Di sebalik jeriji besi, Murad bukan nama sebenar, hari ini dianugerah ijazah Doktor Falsafah (Pentadbiran Perniagaan) pada Majlis Konvokesyen Ke-29 Open University Malaysia (OUM) .
Dalam majlis majlis konvokesyen yang sama, dua warga emas turut mencuri tumpuan kerana tidak menjadikan usia batas penghalang untuk terus belajar.