Seorang suri rumah berputih mata selepas mengalami kerugian lebih RM100,000 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 38 tahun pada mulanya menerima panggilan telefon pada 28 April lalu, kononnya dia layak menerima barangan percuma berupa lampu solar.