Seorang wanita dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan untuk memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 9 April lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan individu berkenaan pada pukul 3.02 petang hari sama.