UCAPAN Seri Paduka Baginda sempena Hari Bomba Sedunia 2025 yang disambut hari ini. - Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 yang disambut hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menzahirkan ucapan terima kasih atas pengorbanan, keberanian dan dedikasi semua anggota bomba.

“Anda adalah wira yang sentiasa bersedia menghadapi bahaya demi keselamatan masyarakat.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Sultan Ibrahim.

Hari Bomba Sedunia yang disambut pada 4 Mei setiap tahun adalah acara simbolik untuk memperingati dan menghargai pengorbanan serta khidmat yang dicurahkan anggota bomba di seluruh dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here