Logo Bomba

GEORGE TOWN – Ketangkasan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap selepas kediamannya di Taman Island Glades di sini musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata, mangsa seorang lelaki berusia 73 tahun dibawa keluar melalui pintu belakang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.59 malam yang memaklumkan mengenai kebakaran melibatkan sebuah rumah teres setingkat dan merebak ke dua rumah lain.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Perak telah digerakkan ke lokasi kejadian. Seorang mangsa didapati terperangkap di dalam rumah pertama namun berjaya dikeluarkan anggota melalui pintu belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata, sebuah kereta Toyota Camry turut terbakar dan kebakaran dapat dikawal pada 10.33 malam.

Operasi itu turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Perak Lane, Paya Terubong dan Lebuh Bakau dan ditamatkan pada 12.08 tengah malam manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here