Mangsa yang juga pengemis mati dibunuh suspek dalam kejadian di sebuah bank di Seksyen 18, Shah Alam pada 24 April lalu.

KUALA LUMPUR – Tempoh reman ke atas suspek lelaki yang didakwa membunuh seorang pengemis di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, Shah Alam pada 24 April lalu disambung sehingga 8 Mei depan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, tempoh reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Reman ke atas suspek disambung sehingga Khamis depan dan kita akan beri sebarang perkembangan semasa untuk pertuduhan ke atas suspek,” katanya secara ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki sanggup menikam pengemis lain sehingga mati di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, akibat berebut lokasi minta sedekah.

Mohd Iqbal dilaporkan berkata, suspek dikatakan bertikam lidah dengan mangsa, 40, dan kemudian mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam bahagian dada mangsa beberapa kali.

Susulan itu, suspek berusia 28 tahun telah direman selama tujuh hari sehingga 1 Mei yang dijalankan di wad pemerhatian Hospital Shah Alam bagi membantu siasatan.

Mohd Iqbal dilaporkan berkata, suspek telah dimasukkan ke wad itu kerana mengalami sawan dan mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) lembab.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here