Suspek remaja berusia 19 tahun ditahan selepas mencuri sport rim sebuah motosikal dalam kejadian di Jalan Kosas 1/3, Taman Kosas, Ampang Jaya, Selangor pada 24 April lalu. Foto PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang remaja ditahan selepas mencuri sport rim sebuah motosikal dalam kejadian di Jalan Kosas 1/3, Taman Kosas, Ampang Jaya, Selangor pada 24 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, tangkapan suspek berusia 19 tahun dibuat di sebuah rumah di Taman Kosas sekitar jam 1.24 petang pada 1 Mei lalu.

Katanya, polis telah menerima laporan daripada pengadu yang juga penghantar makanan berumur 28 tahun di Balai Polis Ampang berhubung kejadian itu.

“Berdasarkan laporan, sekitar jam 11 malam pengadu meletakkan motosikalnya jenis Yamaha LC 135 berwarna putih di tepi jalan kaki lima tepi jalan kawasan itu dalam keadaan berkunci.

“Pada keesokkannya sekitar jam 9 pagi, ketika pengadu ingin menggunakan motosikalnya itu dia mendapati sport rim beserta tayar hadapan telah tiada disyaki dicuri dan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM250,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis telah merampas barangan kes iaitu sebuah sport rim motosikal hadapan berwarna kekuningan dengan tulisan Racing Boy setelah dipandu arah oleh suspek.

Katanya lagi, hasil semakan ujian saringan air kecingan ke atas suspek  yang juga penganggur didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Modus operani digunakan suspek adalah mencuri komponen motosikal pada awal pagi bagi mengelak dikesan dan motif mencuri bagi kegunaan sendiri.

“Suspek kini direman bermula 1 Mei lalu dan disambung hingga 6 Mei di Mahkamah Majistret Ampang Jaya bagi siasatan di bawah Seskyen 379A(1) Kanun Keseksaan iaitu mencuri komponen kenderaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here