Gambar hiasan. Foto SADIQ SANI, 10 FEBRUARI 2025

PASIR MAS – Situasi penyalahgunaan dan penyeludupan dadah di Kelantan sangat membimbangkan berdasarkan data tangkapan, reman dan sabitan yang menunjukkan trend peningkatan sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata tinjauan dan taklimat yang diterimanya semasa lawatan kerja ke negeri ini hari ini menunjukkan bahawa jenayah berkaitan dadah menjadi antara isu keselamatan paling serius di Kelantan.

Saifuddin Nasution

“Data menunjukkan bahawa majoriti dadah yang dirampas adalah daripada kategori sintetik seperti pil kuda dan dadah stimulan. Ganja turut dirampas tetapi dalam jumlah lebih kecil.

“Trend penagihan, pengedaran dan penyeludupan dadah semakin meningkat dan hal ini dapat dilihat melalui jumlah tangkapan serta kes-kes yang berakhir dengan sabitan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di Rantau Panjang di sini.

Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap tahap kesesakan penjara di negeri ini yang dikaitkan dengan sabitan kes dadah. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here