Zaidi melakukan simbolik perasmian Majlis Pelancaran Malaysia Midnight Sale di Mahkota Parade, Melaka malam tadi.

MELAKA – Program Malaysia Midnight Sale 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lalu di pusat beli belah Mahkota Parade di sini menyasarkan jualan RM3 juta.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan berkata, beliau yakin, ia mampu dicapai selepas melihat sambutan memberansangkan diterima pelancong domestik dan antarabangsa bermula hari pertama penganjuran 1 Mei lalu.

Menurutnya, ia adalah penganjuran kali pertama bersempena Melaka Bila Larut Malam Edisi Mei 2025 apabila lebih 15,000 pengunjung termasuk pelancong memeriahkan program berkenaan.

Zaidi Attan

“Sebenarnya, pemilihan lokasi baharu dalam Mahkota Parade sehingga pukul 12 tengah malam ini antara susana memberi suasana baharu dan kelainan kepada pengunjung termasuk pelancong yang datang ke Melaka.

“Kerajaan Negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) hendak pelbagaikan lagi sambutan Melaka Bila Larut Malam yang biasa diadakan di perkarangan Bangunan Stadthuys,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Malaysia Midnight Sale 2025 di Mahkota Parade, Banda Hilir, di sini, malam tadi.


Zaidi melawat ke reruai jualan yang disediakan bersempena Malaysia Midnight Sale 2025 di Mahkota Parade, Banda Hilir, Melaka malam tadi

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman dan Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa Asia dan Afrika Tourism Malaysia, Nuwal Fadhilah Ku Azmi.

Mengulas lanjut, Zaidi berkata berdasarkan rekod jualan premis di dalam pusat beli belah itu mencatatkan nilai jualan antara RM800,000 hingga RM1 juta pada Jumaat lalu.

“Jadi kita sasarkan dalam tempoh tiga hari ini bermula 1 Mei sehingga 3 Mei (tengah malam tadi), purata jualan mungkin boleh mencapai sehingga RM3 juta,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here