Dr Muhammad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Mohamad Akmal Saleh menegaskan Malaysia selamanya merupakan Tanah Melayu dan perkara itu tidak akan berubah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Timbalan Pengerusi Biro Hubungan Etnik dan Agama MCA, Roger Yapp supaya memahami sejarah dan asas pembentukan negara terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan, dan tidak menjadi seperti kaduk naik junjung.

Tegas beliau, sekiranya Roger Yapp beranggapan beliau warganegara Malaysia, maka beliau sepatutnya memahami Perkara 152 dan 153 Perlembagaan negara.

“Jika terlupa, maka kami nak ingatkan disini: Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.

“Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan walau bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam

“Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan Yang di-Pertuan Agong (Raja Malaysia) tanggungjawab untuk “menjaga kedudukan istimewa ‘Melayu’ dan penduduk asli mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah komuniti lain,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Roger Yapp dalam kenyataan berkata, Malaysia bukan milik mana-mana kaum secara eksklusif, sebaliknya adalah milik semua warganegaranya tanpa mengira kaum.

Tambah Roger Yapp, masa depan negara ini juga mesti diasaskan kepada kepercayaan, persefahaman dan cita-cita bersama antara pelbagai kaum, bukannya ketakutan, kebencian atau perpecahan. – MalaysiaGazette

 

Sangkal Tun M, MCA ingatkan Malaysia bukan milik eksklusif mana-mana kaum

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here