Tangkap layar pemandu treler meniarap dan mundar-mandir sebelum ditahan di Jalan Parit Bilal, Batu Pahat, Johor, semalam.

KUALA LUMPUR – Tekanan perasaan yang dialami seorang pemandu treler yang kehilangan isteri menjadi punca dia memberhentikan kenderaannya dan meniarap di atas Jalan Parit Bilal, Batu Pahat, Johor, semalam hingga tular di media sosial.

Lelaki itu kelihatan seperti kurang siuman, mundar-mandir dan melompat di atas jalan telah mencetuskan kekecohan pengguna jalan raya.

Video Berkaitan 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam sekitar jam 1.20 tengah hari.

“Bertindak atas maklumat, polis telah menahan lelaki berusia 40 an itu dan menjalankan siasatan serta dokumentasi mendapati dia dipercayai sedang mengalami kemurungan.

“Lelaki itu menghadapi situasi itu kerana tekanan perasaan berlarutan selepas kehilangan isteri dan ujian saringan air kencing mendapati dia negatif bahan terlarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, tiada kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana pihak dalam insiden itu dan lelaki terbabit telah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk pemeriksaan perubatan.

Terdahulu, tular video berdurasi 19 saat di media sosial memaparkan orang ramai dengan bantuan polis menahan seorang lelaki di atas jalan raya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here