Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg untuk memuktamadkan isu membabitkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah berkesempatan bercakap dengan Johari Openg semalam berhubung perkara tersebut berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.

“Sekembalinya Premier dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom kelak, kami akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkannya.

“Sementara itu, atas dasar kepentingan bersama, semua pihak harus menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah,” kata Anwar dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Petronas mengesahkan menerima notis undang-undang daripada Kerajaan Negeri Sarawak yang memaklumkan anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn. Bhd., beroperasi secara haram di Sarawak.

Bahkan, Petronas Carigali didakwa melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas Sarawak 2016 dan diberi tempoh 21 hari untuk mendapatkan lesen yang diperlukan.

Jika gagal yang boleh membawa kepada penalti kewangan di bawah Seksyen 21A ordinan tersebut.

Bagaimanapun, Petronas berkata, Petronas Carigali  beroperasi mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974).

Akta ini menyediakan kuasa berkanun untuk syarikat menjalankan operasi berkaitan petroleum di seluruh negara, tertakluk kepada pematuhan undang-undang. – MalaysiaGazette

Petronas sahkan terima notis Kerajaan Sarawak, operasi patuh PDA 1974

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here