Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melaksanakan Program Pemulihan Akidah Insan Rabani, melibatkan 2,474 individu termasuk dewasa dan kanak-kanak bekas ahli GISBH.
Program ini bertujuan membimbing peserta kembali kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menerusi kelas bimbingan berterusan, dengan sokongan pelbagai agensi seperti Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Selain bimbingan akidah, bantuan kewangan dan sokongan sosial turut disediakan bagi memastikan pemulihan berkesan dan berpanjangan.